Metodologi Kajian

 BAB 3: METODOLOGI

 
Berikut adalah rakaman YouTube yang berkaitan dengan metodologi kajian kualitatif:




Secara umum, bab ini perlu mengandungi subtajuk yang berikut:
  • Pendahuluan.
  • Reka bentuk kajian.
  • Sampel atau peserta kajian.
  • Alat Ukur.
  • Kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Prosedur pengumpulan data.
  • Prosedur analisis data.
  • Kajian rintis.

Walau bagaimanapun, subtajuk mungkin berubah antara pengkaji, bergantung pada kajian yang dijalankannya.
 

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian penting dinyatakan dengan padat agar pembaca dapat mengetahui keseluruhan kajian yang dijalankan.
 
Umumnya pada tajuk ini anda mulakan dengan asas teori bagi kajian anda. kemudian anda bawa kepada bagaimana teori itu sesuai untuk penyelidikan anda. Ini bererti, teori yang anda pilih mestilah selari dengan metodologi yang anda gunakan.

Contohnya, katakan anda ingin mengkaji tentang "proses penyelesaian masalah matematik murid sekolah rendah". Oleh itu teori yang sesuai adalah membabitkan pemikiran dan proses kognitif, iaitu teori daripada perspektif konstruktivisme. Dengan memilih kajian tentang proses itu memberi maksud kaedah yang sesuai adalah dengan pendekatan kualitatif. 

Berikut adalah rakaman YouTube yang berkaitan:




Oleh itu, melalui penulisan anda, anda perlu yakinkan pembaca bahawa pendekatan kajian yang dipilih itu sesuai dengan matlamat atau objektif kajian anda. 

Seterusnya anda jelaskan secara umum bagaimana metodologi kajian anda. Di sini anda jelaskan secara umum sahaja tentang peserta/sampel (siapa, berapa, bila dsb), kaedah pengumpulan data, instrumen yang anda gunakan dan kaedah menganalisis data. Jadi keseluruhannya anda nyatakan secara umum sahaja, sebabnya akan anda bincangan secara detail dalam bahagian seterusnya nanti.

Perlu dipastikan bahawa, penulisan anda tidak tersasar. Ingat bahawa tugas utama anda adalah untuk menjawab solan kajian yang telah anda tetapkan dalam Bab 1.
 

3.2 Peserta Kajian

Dalam tajuk ini, secara umumnya memberi tumpuan kepada dua bahagian, iaitu lokasi kajian dan peserta kajian. Kadang-kadang, terdapat juga pengkaji yang mengasingkan tajuk ini kepada dua tajuk yang berbeza iaitu: pertama, lokasi kajian; dan kedua peserta kajian. tindakan seperti ini bergantung kepada situasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji tersebut.
 
Bila disebut tentang lokasi, anda mestilah menyatakan dengan sejelas-jelasnya. Ini adalah kerana lokasi sebenarnya amat penting kerana suatu generalisasi sesuatu kajian boleh dibuat sama ada mengikut tempat (pemilihan bertujuan) atau rawak.
 
Begitu juga dengan penggunaan peserta kajian, yang perlu dijelaskan dengan terperinci. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah tentang bagaimana peserta dipilih (contohnya, rawak mudah ataupun bertujuan). Cara bagaimana peserta dipilih akan menentukan hasil atau rumusan yang anda buat nanti. Sebagai contoh, sekiranya kajian anda melibatkan peserta yang dipilih secara bertujuan memberi maksud bahawa dapatan kajian anda tidak boleh dibuat generalisasi. 
 
Bilangan sampel atau peserta juga mempengaruhi dapatan kajian anda. Sekiranya kajian anda dengan pendekatan kualitatif, bilangan peserta yang ramai kurang digalakkan. Ini adalah kerana pendekatan secara kualitatif memerlukan anda mendapatkan data secara mendalam, maka bilangan peserta yang ramai akan memakan masa. Lagi pun bilangan peserta yang ramai kurang memberi makna dalam kajian dengan pendekatan kualitatif kerana ia lebih melihat kepada pola data. Biasanya proses pengumpulan data akan dihentikan setelah ketepuan data dicapai.
 
 
3.3 Alat Ukur
 
Apakah itu alat ukur atau instrument kajian? Dalam hal ini, bukanlah menjadi hasrat saya untuk memberi definisinya. Tetapi cukup sekadar anda tahu apa itu dan keperluannya. Jadi disini, alat ukur yang dimaksudkan ialah alat yang gunakan bagi tujuan ,mengukur atau mengumpul data-data suatu kajian.
 
Ingatlah bahawa penggunaan alat ukur yang baik amat ditekankan oleh sesuatu kajian. Sekiranya anda tersalah memilih atau menggunakan alat ukur sudah tentu maklumat atau data yang anda perolehi tidak memberi makna apa-apa. Alat ukur tentunya amat penting, malah akan menentukan sama ada kajian anda sah dan boleh dipercayai. Alat ukur yang anda bina atau gunakan itu amat penting digunakan untuk menjawab semua soalan kajian anda.
 
Tahukah anda contoh-contoh alat ukur?
 
Bila disebut alat ukur, ia boleh dijelmakan dalam berbagai bentuk. Malahan dalam sesuatu kajian dengan pendekatan kualitatif, pengkaji sendiri boleh merupakan alat ukur kajian. Kemampuan pengkaji mengenal dan mengumpul data memberi pengaruh yang besar kepada dapatan kajian. Di sini perlunya pengkaji mempunyai kemahiran yang tinggi dalam hal perlaksanaan kajian dan pengumpulan data. Oleh itu, kefahaman dan kemahiran meyeluruh pengkaji terhadap kajian yang dilakukan amatlah diharapkan, seperti tentang teori, kerangka konsep, metodologi dan berbagai lagi.
 
Dalam kajian dengan pendekatan kualitatif, pengkaji perlu berhati-hati agar terhindar diripada berlakunya bias. Di antara langkah yang diambil bagi memastikan data yang diperolehi adalah baik dan sesuai ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengumpulan data atau triangulasi. Sebagai contoh, selain data pemerhatian, data juga perlu diperolehi melalui temu bual disamping pengumpulan dokumen. Di samping itu, kesahan dan kebolehpercayaan data-data kajian boleh dipertingkatkan melalui proses kesahan pakar dan sebagainya.
 
Temu baul sering digunakan dalam kajian dengan pendekatan kualitatif. Secara umum, temu bual boleh berlaku dalam tiga cara iaitu tumu bual berstruktur, temu bual semi-berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Temu buat berstruktur bergantung sepenuhnya kepada protokol temu bual yang dibina. Temu bual semi-berstruktur pula membabitkan penggunaan protokal temu bual sebagai asas, manakala soalan temu bual seterusnya adalah bergantung kepada maklumat balas peserta. Temu bual tidak berstruktur pula memberi kebebasan kepada pengkaji untuk bertanya soalan yang sesuai. Dalam hal ini, mungkin pengkaji penyediakan protokol temu bual, tetapi hanya berperanan sebagai panduan kepada pengkaji sahaja.  

Berikut adalah rakaman YouTube sebagai panduan:




 
3.4 Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Apa itu?
Ini anda kena baca bukulah...
susah nak cakap disini... dia komplikated berdasarkan apa kajian yang anda buat.
 
Pentingkah kesahan dan kebolehpercayaan ini kepada sesuatu kajian? Jawapannya, "ya". 

Kesahan dan kebolehpercayaan adalah isu besar bagi sesuatu kajian. Dapatan kajian tidak bermakna sama sekali sekiranya kajian tidak sah dan tidak boleh dipercayai. Ini lah masalah sebenar yang dihadapi oleh kebanyakan individu yang ingin melaksanakan kajian. Oleh itu, jangan terlalu mudah membuat dan menyebarkan susuatu dapatan "kajian" sekiranya anda belum pasti kesahan dan kebolehpercayaannya. 

Kesahan: Umumnya kesahan itu bermaksud instrumen anda dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kalau nak ambil/ukur "berat" mesti pakai penimbang. Jadi anda kenal kenal betul-betul apa yang anda ukur. Barulah anda boleh tentukan instrumen yang sesuai. Jadi tinjauan literatur penting dibuat dengan baik.

Kebolehpercayaan: Kebolehpercayaan pula berkait dengan konsistensi. Maksudnya kalau ambil data oleh pengkaji A maka akan konsisten jika data diambil oleh pengkaji B dan sebagainaya. Juga konsisten pada sebarang ketika.
 
 
3.5 Prosedur pengumpulan data

Apa itu prosedur mengumpl data? Disini bukanlah saya ingin membincangkan tentang definisi, tetapi cukup sekadar anda tahu apa itu dan sejauh mana keperluan menulis prosedur pengumpulan data ini.

Prosedur pengumpulan data ini adalah merupakan langkah-langkah yang tersusun dan jelas tentang bagaimana data kajian akan dikutip. Ini menggambarkan, tanpa penyediaan prosedur pengumpulan data yang baik, akan menggambarkan bahawa pengaji tidak tahu secara tepat apa yang perlu dilakukan semasa melaksanakan kajian.

Saya sering bertanya kepada pelajar saya, sekiranya anda pergi mengutip data, apakah yang anda akan lakukan? Ramai pelajar, pada peringkat awalnya, menjawab secara selamba bahawa apa susahnya mengumpul data, cukup sekadar mengagihkan soala selidik, kemuduan kumpul kembali dan buat analisis. Apakah jawapan sebegini mencukupi?

Sebenarnya, kaedah mengumpul data ini juga boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan kajian anda. Dalam hal ini, anda perlu ingat bahawa kajian dengan pendekataan kualitaif dan kuantitatif perlu digambarkan secara yang berbeza. Malahan dalam setengah kes, kajian dengan pendekatan kualitatif perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya. Mengapa Begitu? Begitu juga kajian yang berbentuk experimental, prosedur pengumpulan data perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya.

Oleh itu, secara umum, jangan mengambil mudah tentang prosedur mengumpul data ini. Prosedur yang tidak baik dan tidak jelas, mungkin akan menyebabkan dapatan kajian tidak sah dan tidak boleh dipercayaa.

CUBA anda fikirkan tentang perkara ini. Carilah maklumat-maklumat seterusnya. Sebagai panduan umum, prosedur pengumpulan data pua anda kena tulis mula dari awal hingga ke akhir. Maksudnya, seperti mulakan dengan minta kebenaran pihak yang berkuasa, persetujuan peserta kajian, dan sebaganya.

Anda juga perlu jelaskan bagaimana data kajian dikumpulkan. Jelaskan dengan sejelasnya langkah-langkah yang perlu di laksanakan. Ia seolah-olah, orang lainpun boleh melaksanakan kajian sekiranya membaca prosedur yang anda tulis itu.

Ingat bahawa data yang dikumpul mestilah terarah kepada menjawab soalan kajian. Setiap instrumen yang anda bina dan seterusnya mengumpul data mestilah terarah kepada menjawab soalan kajian. Oleh itu, sentiasa tanya diri anda, data yang dikumpul itu boleh menjawab soalan kajian atau sebaliknya. Tanyakan lagi, adalah jawapan yang diperolehi itu mendalam atau pada permukaan sahaja.

Ingat bahawa, setelah data dikumpul, anda tidak boleh undur ke belakang. Ini bererti setelah anda menamatkan sesi pengumpulan data, sekiranya anda baru sedar bahawa data yang anda kumpul itu tidak berguna, bererti anda sudah membuag masa yang teramat sangat.

Tanya diri anda, sanggupkah anda untuk mengutip data semula?


3.6 Prosedur analisis data.

Apakah keperluan prosedur analisis data ini. Mungkin ramai daripada pelajar tidak tahu kepentingan bahagian ini. Berdasarkan pengalaman sendiri, terdapat pelajar yang cuba menyediakan cadagan kajian, sedangkan apabila ditanya dalam seminar pembentangan proposal, mereka masih belum jelas tentang bagaimana data akan dianalisis. Apakah setakat begini mencukupi?

Prosedur analisis data pula mesti ditulis sejelas-jelasnya. Dengan menjelasan yang baik membolehkan pengkaji tahu apakah data yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian dan seterusnya dapat mengenalpasti apakah tindakan yang perlu dilakukan agar "data" yang dikumpul itu dapat memberi makna yang sebenar, dan mempu menjawan kesemua soalan kajian yang telah dikenal pasti.

Tahukah anda, penulisan "prosedur analisis data" perlu ditulis seolah-olah, tanpa pengaji tersebutpun, kajian dapat dilakukan juga. Ia juga seolah-olah, sesiapa sahaja yang ingin melakukan kajian tersebuat suatu masa akan datang (jangka masa terdekat ke atau bila-bila pun) akan melakukan perkara yang serupa agar kasil yang serupa diperolahi. Kecualilah pengkajia lain itu ingin mengubah kaedah menganalisis data atau membina kaedah analisis data yang baru bagi tujuan menjawab soalan kajian tertentu atau sebagainya.

Secara umum, kaedah analisis data bermula dengan apakah tindakan anda terhadap data yang mentah, diproses sehinggalah ia bermakna. Antaranya, bagaimana data akan diproses, apakah data yang bermakna dan tidak bermakna, bagaimana mengkategorikan data, apakah data akan dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif dan sebagainya.

Ingat: paling penting analisis data kajian anda mestilah terarah kepada menjawab objektif atau soalan kajian yang telah anda tentukan itu. Analisis data juga berlu dibuat dengan mengambil kira meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan, disamping mengelak daripada faktor yang mengganggu. Di sini, anda perlulah mendalami lagi.... daripada perbagai sumber.

Seterusnya ditulis dalam bentuk laporan, yang dipanggil suatu tesis atau disertasi. Analisis data perlu lah detail, yang boleh menggambarkan peringkat pengajian anda, sarjana muda ke, sarjana ke, atau PhD.


3.7 Kajian rintis
 
Apakah itu kajian rintis? Bukanlah matlamat saya untuk mendefinisikan apa itu kajian rintis. Tapi cukup sekadar anda mengenalinya di samping anda tahu bagaimana mengendalikannya.
 
Secara umum kajian rintis ini adalah suatu kajian awal yang dilaksanakan dalam skala yang kecil, dengan tujuan yang pelbagai. Antara tujuannya ialah untuk pembinaan alat ukur, meningkatkan kemahiran pengkaji, menganggar tempoh perlaksanaan kajian dan berbagai lagi.
 
Persoalannya, mengapa perlu kajian rintis dilakukan? Apakah kajian anda memerlukan kajian rintis? Inilah persoalan yang anda perlu fikirkan.
 
Kajian rintis amat perlu bagi sesuatu kajian. Keperluannya akan meningkat sehinggakan, dalam kes tertentu tanpa kajian rintis, keseluruhan kajian yang sebenar tidak boleh dipercayai. Oleh itu, kajian rintis amat penting, dan boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan kajian secara keseluruhannya, di samping memastikan perlaksanaan kajian sebenar dapat dilaksanakan dengan lancar.
 
Cuba anda membuat rujukan sendiri, apakah kajian anda memerlukan kajian rintis? Seterusnya, cubalah menjawab, bagaimana kajian rintis boleh meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang anda lakukan.

Beberapa Panduan:

1. Lakukan kajian rintis setelah prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data sudah anda putuskan. Ini dilakukan dengan harapan sekiranya berlaku perubahan terhadap prosedur dan instrumen nanti, ianya tidak lah terlalu besar.
 
2. Dapatkan pengalaman dengan sebaiknya melalui kajian rintis ini. Cuba kenalpasti apa-apa masalah yang dihadapi semasa nelaksanakan kajian dan seterusnya buatlah langkah yang sesuai untuk mengatasinya dalam kajian sebenar nanti. Ia penting agar kajian sebenar kurang menghadapi masalah nanti.
 
3. Jangan sekali-kali melaksanakan kajian rintis, sedangkan tinjauan literatur pun belum sempurna lagi. Atau, instrumen pun belum anda fahami lagi. Tinjauan literature yang baik akan membantu anda membina instrument (seperti item-item atau konstruk) dan merancang prosedur kajian dengan lebih baik.

4. Bagi kajian berbetuk kualitatif, kajian rintis amat perlu dalam membina instrumen seperti soalan temu bual. 
 
5. Setelah selesai kajian rintis, pastikan anda membuat analisis sebagaimana yang anda rancang pada peringkat awal tadi. seterusnya dapatkan pengalaman daripada analisis yang anda buat itu.
 
6. Apa-apa kekurangan/masalah yang dihadapi semasa kajian rintis perlu diatasi dalam kajian sebenar. 

No comments:

Post a Comment

Home