Tinjauan Literatur

 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR


Biasanya ditulis sebagai Bab 2 tesis. Dalam bab ini anda mesti menulis berdasarkan bacaan yang telah anda lakukan daripada sumber-sumbar yang sah dan boleh dipercayai. Sumber-sumber yang berkenaan ialah seperti jurnal, tesis, disertasi, laporan penyelidikan dan sebagainya.


Kepentingan Tinjauan Literatur


Siapakah anda? adakah anda seorang pelajar Sarjana ataupun PhD? Tahukah anda betapa pentingnya tinjauan kepada sesebuah kajian yang akan anda jalankan? 

Mungkin anda pernah alami peristiwa berjumpa dengan penyelia anda untuk kali pertama. Apakah kata-kata yang diungkapkan oleh penyelia anda itu? Biasanya dia akan ucapkan "balik dan baca tentang perkara yang anda ingin kaji". Dan "setelah itu, sila jumpa saya". Persoalannya, mengapa dia menyuruh anda membaca? 

Saya sendiri pernah berhadapan dengan pelajar samaada peringkat Sarjana atau PhD yang keliru tentang kepentigan membuat Tinjauan Literatur. Terdapat pelajar yang pertama kali berjumpa saya, dan didapai telah bersedia dengan penulisan "Cadangan Kajian", yang seolah-olah telah bersedia untuk melaksanakan kajian. Tetapi, apabila saya tanya, "apakah teori yang mendasari kajian anda" atau "apakah kerangka konsep kajian anda", mulalah kelihatan mereka menggelabah. Dalam situasi begini, ada pelajar yang kelihatan mula cemas dan berkata: 

".... bila saya datang dulu, saya rasa, saya sudah bersedia untuk melaksanakan kajian.... tetapi bila saya bercakap dengan Dr, saya mula sedar banyak benda yang perlu saya tahu ....".  

Sedarkah anda, tanpa bacaan yang mencukupi, anda tidak mampu memulakan kajian atau melaksanakan kajian dengan baik. Berikut adalah beberapa kepentingan membuat tinjauan literatur ini:
  1. Memastikan bahawa anda benar-benar memahami apa yang anda ingin kaji.
  2. Memahami teori yang mendasari kajian anda dan membantu anda membina kerangka teori kajian anda.
  3. memahami konsep-konsep yang boleh membantu anda membina kerangka konsep bagi kajian anda.
  4. Memperjelaskan tentang konsep-konsep serta ciri-ciri atau sifat-sifatnya dengan jelas.
  5. mendalami kajian-kajian terdahulu atau kajian yang sudah dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang membabitkan kajian yang akan anda jalankan.
  6. Perkayakan maklumat tentang kajian yang anda akan jalankan agar membantu anda dalam penulisan bab "Rumusan dan Perbincangan" nanti.


Kandungan Umum Bab Tinjauan Literatur

Secara umum, kandungan bab Tinjauan Literatur ini mengenai kefahaman anda sediri tentang kajian yang akan anda jalankan. Ini bererti paparan yang ditunjukkan dalam penulisan tinjauan literatur akan menggambarkan samaada seseorang pengkaji benar-benar bersedia untuk menjalankan kajian.

Gaya penulisan bab ini mungkin berbeza antara penyelidik atau pengkaji. Tetapi secara umum, saya lebih memberi tumpuan kepada sekurang-kurangnya empat fokus utama iaitu: perkonsepan kajian; teori yang mendasari kajian; task kajian yang akan dijalankan; dan dapatan kajian yang lalu yang berkait dengan kajian yang akan dijalankan.

Perkonsepan kajian: Pada awalan penulisan bab ini, anda perlu perjelaskan tentang perkara atau konsep yang menjadi fokus kajian dengan jelas dan tepat. Kefahaman anda perlulah menyeluruh kerana anda bukan sahaja perlu memahami konsep yang difukuskan, tetapi juga boleh membezakan dengan konsep-konsep lain yang mungkin kelihatan hampir sama. Sebagai contoh, katakan anda mengkaji tentang "Nilai Guru Terhadap Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah". Dalam perkara ini, anda perlu memahami dengan jelas pengertian atau konsep nilai sebagai suatu daripada ciri afektif, serta juga mempu membezakannya dengan ciri-ciri afektif lain seperti sikap, kepercayaan dan perasaan. 

Teori yang mendasari kajian: Anda juga mesti memberi tumpuan untuk mendalami TEORI yang mendasari kajian yang akan dijalankan. Sekiranya kajian adalah tentang nilai atau sikap, perkara yang perlu diberi penekanan dalam perbincangan selain daripada nilai atau sikap adalah perkonsepan/teori yang lebih menyeluruh dan luas, iaitu tentang: sosial dan budaya kerana nilai dan sikap cenderung berlaku dalam konteks sosial dan budaya; dan domain afektif kerana nilai dan sikap adalah komponen utama dalam domain afektif.

Konsep dan task: Dalam bab ini juga anda mesti mendalami kosep-konsep yang digunakan dalam kajian ini. Disinilah anda akan mendalami perkara-perkara seperti konstruk dan "task" bagi kajian yang anda akan jalankan. Sebagai contoh sekiranya anda ingin mengkaji tentang "nilai" pelajar terhadap sesuatu matapelajaran, maka anda perlulah mendalami apa itu "nilai" dengan mengenalpasti sifat-sifat atau ciri-ciri nilai tersebut. 

Sebagai contoh, membincangkan tentang "nilai dalam pengajaran matematk", adalah kurang sempurna sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada "nilai murni" sahaja. Hal ini kerana, sekiranya diperhalusi tentang nilai ini, ia boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: nilai pendidikan umum (nilai murni); nilai matematik; dan nilai pendidikan matematik. Untuk memahami dengan lebih jelas perkara tersebut, bolehlah anda membaca jurnal dan ahsil penulisan yang telah ditulis oleh saya sendiri, yang banyak terdapat dalam talian/internet.

Pada tahap manakah seharusnya kefahaman anda tentang perkara ini? Untuk lebih mudah difahami tentang tahap yang sepatutnya anda capai apabila menulis tinjauan literatur adalah: apabila anda berhadapan dalam situasi pengutipan data, anda dapat menganali sifat-sifat/ciri-ciri setiapnya dengan baik, disamping dapat membezakan antara satu dengan yang lain dengan jelas. Sekiranya tahap ini tercapai, jelaslah bahawa tinjauan literatur yang anda buat sudah mencapai hasrat yang diinginkan.

Walaubagaimanapun, ramai pelajar yang bermasalah, yang masih belum jelas tentang konstruk dan task ini, tetapi tiba-tiba dah ada instrumen kajian atau dah nak mengutip data. Bila ditanya, mereka akan berkata yang instrumen kajian itu diambil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebelumnya. Adakah instruman tersebut benar-benar mewakili konstruk/task yang akan dikaji? 

Contoh masalah yang sering berlaku: Mungkin pelajar ingin mengkaji tentang "minat". Bila ditanya, awak tahu ke minat itu apa dia? Ada menjawab menjawab, minat tu minatlah. Kegagalan memahami tentang konsep minat, akan menyukarkan pengkaji membina item/instrumen kajian. Sebagai contoh sekiranya item dalam instrumen bertanya tentang minat seperti "awak minat matematik ke tidak", dan sebagainya. Apakah ini mencukupi? Adakah ia dapat mengenali/mengukur minat peserta? Bagaimana kalau peserta berbohong?

Oleh itu, sebelum anda kaji tentang sesuatu perkara, atau sebelum anda menggunakan sesuatu instrumen itu, anda perlu memahami apakah konstruk bagi minat. Konstruk merupakan indikator yang dibina sebagai perwakilan bagi memberi gambaran tentang sesuatu perkara yang asalnya abstrak. Ini andalah kerana minat itu bersifat abstrak, bukan benda yang boleh dipegang atau dilihat secara langsung sebagai mana melihat benda atau objek seperti "buah rambutan" ataupun "kereta". Oleh itu anda perlu tahu konstruknya supaya apa yang anda kumpulkan itu benar-benar memberi erti tentang sesuatu perkara yang dikaji seperti "minat" ini. Disinilah pentingnya tinjauan literatur atau bacaan.

Oleh itu, memahami konsep-konsep atau "task" bagi kajian adalah amat penting. Kalau tidak, anda tidak tahu apa yang harus dikutip setelah berada di lapangan nanti. Maklumlah, dalam kajian dengan pendekatan kualitatif, pengkaji sendiri merupakan satu daripada instrumen kajian. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengkaji tentang "nilai matematik guru sekolah menengah", maka anda mestilah mendalami kesemua ciri tentang "nilai matematik" tersebut. Ini bererti, selepas anda mendalaminya, ia seolah-olah anda mampu mengenalinya sebaik sahaja anda memerhati pengajaran guru.  

Kajian berkaitan: Seterusnya anda perlu mendalami tentang kajian-kajian lain yang juga membabitkan tajuk kajian yang sealiran dengannya. Disinilah kepakaran anda sebagai seorang ilmuan yang perlu membaca daripada sumbar yang berbagai-bagai, daripada kajian yang berbagai-bagai, pengkaji berbagai-bagai, tetapi dirangkum menjadi satu adunan penulisan yang baik dan sepadu. Seterusnya menggambarkan hala tuju kajian anda seterusnya.  

Sebagai contoh, katakan kajian anda adalah tentang "kepercayaan". Oleh itu, anda mestilah mendalami kajian-kajian terdahulu membabitkan "Kepercayaan". Kenalpastilah, apa itu "kepercayaan", bagaimana ia dikenali, bagaimana ia diukur, apa metodologi yang digunakan dsb. Banyak mambaca journal, bererti bertambahlah berpengetahuan anda dalam sesuatu perkara/bidang.  

Oleh itu, tinjauan literatur perlu dibuat dengan baik kerana ia akan memastikan perlaksanaan kajian anda berkajalan dengan lancar dan berkesan. Disamping itu ia juga akan membantu anda untuk menulis BAB 5 Rumusan dan Perbincanga dengan baik, kerana disinilah akan memperlihatkan kemampuan sebenar anda dalam membincangkan isu dan dapatan kajian.


No comments:

Post a Comment

Home